Judul : PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom!
link : PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom!
PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom!
Assalamualaikum! Terlebih dahulu saya nak ucapakan selamat menjalani ibadah puasa kepada readers yang awesome semua ya! :)
Sudah lama jari-jemari ni tidak memetik keyboard. Sibuk sangat katanya.. Hiks.. Bukan apa, bila kita menulis pastinya kita mahukan sesuatu yang berkualiti untuk para pembaca. Untuk menghasilkan tulisan yang ada 'content' dan tidak melalut, perlukan masa, komitmen dan yang paling penting mood mesti ada.. Alasannnnn.. :D
Hari ini saya nak share tentang aplikasi 4D yang memang menarik dan sangat-sangat sesuai untuk digunakan dalam PDP. Asalnya ia dikongsikan oleh rakan saya, Steven, jauh nun di Indonesia. Beliau membuat demo yang mana saya merasakan sangat menarik dan setelah mencubanya di kelas, saya rasa perkara ini patut diviralkan!
Bagaimana gambar seekor gajah yang kaku di atas sehelai kertas A4 boleh bertukar menjadi seekor gajah yang besar (just like real one!), 4D, boleh bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi seolah-olah ianya hidup! Frankly, bukan murid-murid sahaja yang teruja, guru-guru pun turut seronok mencuba teknologi ini. Kagum!
Inilah kesan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Teknologi ini dipanggil AR atau 'Augmented Reality'. Dah tak perlu nak pergi zoo lihat haiwan. Even dalam zoo pun murid tak dapat tengok secara jelas rupa dan tekstur tubuh haiwan sebab semuanya berada jauh di dalam sangkar kaca. Teknologi ini membenarkan kita melihat seolah-olah ia benar-benar berada di depan mata.
Bagaimana kaedah untuk mendapatkan aplikasi ini?
Pertama, anda perlulah download dalam tab/telefon pintar, aplikasi ANIMALS 4D yang boleh didapati di playstore / appstore.
Kedua, print gambar demo (gajah) yang diberikan secara percuma di sini
Ketiga, on aplikasi ANIMALS 4D tersebut di telefon anda dan scan gambar gajah yang sudah di print itu.
Tadaaaa... seekor gajah yang besar akan muncul dihadapan anda. Eye trick sangat! :D
Untuk mengambil gambar, anda bolehlah ber'posing' berhampiran dengan kertas gambar gajah tadi, dan klik butang untuk mengambil gambar. Hasilnya, gajah tadi akan berada bersama anda di dalam gambar!
Okay, next! Terdapat satu lagi aplikasi seumpama ini yang membekalkan berpuluh keping gambar secara percuma! Apa yang anda boleh buat ialah, pergi ke laman www.quivervision.com dan download lah sebanyak mana gambar yang anda kehendaki. Kemudian, print dan perbanyakkan untuk diberikan kepada murid-murid. Minta murid-murid warnakan gambar dengan cantik. Download aplikasi 'Quiver' dalam telefon bimbit anda. Apabila murid sudah siap mewarna, hidupkan aplikasi dan halakan pada gambar yang diwarnakan itu. Wallaaaa! Gambar tersebut akan bergerak dengan cantik... Kalau masih tak faham, boleh tonton video di bawah.. Tak sabar nak surprise kan murid saya nanti! :)
Projek Cikgu Syuhaimi - Quiver |
Projek Cikgu Hasmardy - Quiver |
Download : Lembaran Mewarna QUIVER Untuk Hari Merdeka 2017
Nota Kaki : Saya memang kaki viral! Hak hak hak.. :D
Demikianlah Artikel PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom!
Sekianlah artikel PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom! dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/06/pdp-2-aplikasi-4d-yang-kebaboom.html
0 Response to "PDP: 2 Aplikasi 4D yang kebaboom!"
Post a Comment