Judul : PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP
link : PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP
PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP
Saya tertarik dengan idea menggunakan permainan seperti 'hangman', teka silangkata, dan 'word search' dalam pdp. Ini kerana, murid-murid sangat sukakan permainan seumpama ini. Selain meransang kemahiran mereka menjawab soalan, teknik permainan dalam pdp juga dapat membantu meningkatkan minat serta kefahaman murid-murid tentang sesuatu tajuk yang mereka pelajari. Ya, saya memang sesekali akan selitkan aktiviti 'fun' seperti ini sewaktu mengajar. Selain mengaplikasikan permainan seperti yang saya nyatakan tadi, saya juga menggunakan google cardboard, online games, scorm (vle frog), roda impian dan lain-lain lagi. Apa pun, bergantung kepada tahap kesibukkan saya, masa yang ada untuk sediakan semua ini. Bukan apa, saya mahu murid-murid saya lebih fokus dan tertarik untuk belajar. Sesekali guna benda-benda kreatif macam ni, murid-murid memang suka. Apa yang saya dapat perhatikan, murid-murid akan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti ini. Yang 'slow' pun boleh jadi pantas! :D
Bagaimana membina sendiri teka silangkata, hangman, perkataan tersembunyi? Customized ok! Yes, customized! Boleh pilih perkataan sendiri, clue sendiri... Ikut aras murid kita sendiri! Ok, saya akan kongsikan dengan anda semua hari ini beberapa laman web yang sangat menarik dan mudah digunakan. Anda boleh bina semua itu di laman yang saya nyatakan di bawah nanti..
Jangan lupa untuk mendaftar (buka akaun) terlebih dahulu di link yang saya berikan. Selepas itu, anda boleh membina sebanyak mungkin permainan bahasa yang anda mahu. Setelah selesai, anda boleh gunakan link untuk bermain permainan yang telah dicipta ataupun anda boleh memilih untuk download bahan tersebut menjadi lembaran kerja.
Baiklah, antara laman web yang saya rasakan baik dan 'user friendly' (mudah) untuk digunakan untuk membina permainan ialah :-
***PENTING: Sila gunakan komputer untuk mencipta permainan.
1) Perkataan Tersembunyi / Word Search
Rujuk gambar untuk membina lembaran perkataan tersembunyi. Lembaran boleh di muat turun dengan format pdf. beserta jawapan. Jangan bimbang, jawapan juga automatik tersedia! :)
2) Sijil Penghargaan / Award Maker
Sijil comel ini sesuai untuk dijadikan sebagai galakan kepada murid-murid. Dengan design yang menarik, mudah digunakan, sememangnya awesome! Hanya taipkan sahaja butiran dan boleh terus dicetak! Wallaaaa...
3) Hangman
Permainan ini sesuai untuk menguji ejaan perkataan yang telah diajar.
4) Teka Silangkata / Crossword Puzzle
Rujuk gambar untuk cara memasukkan butiran (clue dan jawapan)
5) Jigsaw Puzzle
Permainan ini sesuai untuk aktiviti menulis isi penting tentang sesuatu tajuk atau menghubungkan idea dengan menyambungkan kepingan puzzle. Sesuai untuk aktiviti penulisan dan penghasilan nota seperti sejarah, geografi, sains dll.
6) Dustbin Game
Permainan ini adalah untuk murid-murid memasukkan jawapan ke dalam tong sampah yang betul. Beberapa tong disediakan dengan tajuk masing-masing. Permainan ini sangat sesuai untuk aktiviti pengkelasan (categorizing) atau isi tempat kosong dengan beberapa jawapan yang betul misalnya sediakan dua tong - satu tong labelkan sebagai 'kerana' dan satu lagi tong dilabelkan dengan 'dan'. Berikan soalan dan murid akan masukkan soalan tersebut ke dalam tong samada tong 'kerana atau tong 'dan'.
7) Fakebook
Permainan ini sesuai untuk pelajaran sejarah. Kenapa? Ini kerana guru boleh meminta murid-murid memasukkan butiran tentang seseorang di kotak yang diberikan misalnya tarikh lahir, nama penuh, gambar dll. Interface sama seperti Facebook! Ustaz Ustazah pun boleh cuba, minta murid-murid masukkan butiran tentang tokoh-tokoh agama misalnya. :)
8) Pacman
Murid-murid perlu menjawab soalan dengan betul untuk membenarkan mereka main game pacman ini. Jika murid memberikan jawapan yang salah, game tidak akan dipaparkan. Jadi, masing-masing akan berusaha keras untuk menjawab dengan betul. :)
9) Arcade Games
Murid-murid bermain sambil menjawab soalan.
Dah ada banyak link yang saya kongsikan! Apa lagi? Jom bina permainan sekarang! Percayalah... PDP kreatif yang awesome seperti ini mampu menarik minat murid-murid untuk belajar! :D
Demikianlah Artikel PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP
Sekianlah artikel PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/05/pdp-mencipta-permainan-untuk-pdp.html
0 Response to "PDP: Mencipta Permainan Untuk PDP "
Post a Comment