Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!

Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku! - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Frog VLE, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!
link : Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!

Baca juga


Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!


Assalamualaikum sahabat!

Beberapa hari yang lalu, saya terbaca post yang ditulis oleh teman saya, Cikgu Normie tentang kaedah membina soalan ringkas dalam 10 minit di pelantar Frog Vle. Saya merasakan idea beliau dalam melaksanakan kaedah ini amat kreatif dan saya sendiri tidak pernah terfikir tentang ini. Bagi saya, teknik yang diberikan amat bermanfaat terutama bagi guru-guru yang sentiasa sibuk seperti saya. Ikuti tutorial yang saya berikan di bawah ini.

1. Saya percaya, sebagai guru, terdapat banyak bahan-bahan latihan / kertas peperiksaan untuk murid-murid yang telah kita buat dan pastinya ramai yang masih menyimpan bahan-bahan tersebut tidak kira di dalam pendrive mahupun di dalam komputer masing-masing. Selain itu, anda juga boleh membuat carian di google search/image. Bahan-bahan dalam bentuk dokumen Word juga boleh digunakan untuk ini. Bahan dalam bentuk dokumen Word perlulah ditukarkan kepada bentuk .jpg terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, aplikasi Microsoft Word tidak membenarkan dokumen disimpan dalam bentuk .jpg. Jadi langkah pertama yang anda perlu buat ialah dengan menyimpan bahan/dokumen word tersebut sebagai pdf.


Buka fail dokumen tersebut, kemudian, klik save as, pilih pdf.

2. Apabila fail pdf sudah wujud, layari www.pdf2jpg.net untuk menukarkan fail berbentuk pdf yang dibuat tadi kepada format .jpg Setelah berjaya menukar format pdf ke .jpg, sila download bahan tersebut ke dalam komputer anda. 


3.

4. Pastikan anda memilih 'layout' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Gunakan 2 widget sahaja iaitu Widget Media dan Widget Form. Widget Media di drag masuk ke kotak nombor 1 manakala Widget Form di drag masuk ke kotak nombor 2. Abaikan kotak nombor 3 dan 4. Biarkan sahaja ia kosong.


5. Untuk Widget Media, klik pada button Upload untuk memuatnaik latihan yang sudah ditukar ke bentuk .jpg tadi.


6. Untuk Widget Form, Pilih 'New Form', pilih 'Single Line'. Kemudian, taipkan nombor soalan. Untuk Widget Form, dicadangkan untuk gunakan 'Single Line' sahaja supaya murid-murid dapat menaipkan jawapan mereka di dalam kotak yang diberikan. Anda juga boleh ke FrogDrive - Forms - dan sediakan form terlebih dahulu dan kekalkannya di FrogDrive, jadi, Form (borang jawapan) ini boleh digunakan berulang kali selepas ini dengan hanya menggunakan widget yang sama, iaitu widget Form, dengan menekan butang 'Import Form' sahaja.


7. 



8. Berikut adalah kaedah untuk membuat perkongsian dengan murid-murid. Klik pada Butang Share, kemudian pilih samada anda mahu share sebagai site atau assignment. Saya memilih untuk share sebagai assignment.


Jangan lupa masukkan tarikh akhir penghantaran tugasan jika di kongsikan sebagai 'assignment'. Akhir sekali klik butang 'Assign'.


9. Setelah murid-murid menjawab soalan yang diberikan, guru boleh menyemak siapa yang sudah menyiapkan tugasan dan apakah jawapan mereka dengan menekan butang 'Site', kemudian klik pada 'Data Viewer'. Klik pada Form dan segala maklumat dan jawapan akan terpapar. Sekiranya anda memerlukan data tersebut dalam bentuk hardcopy untuk dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar misalnya, anda boleh download dan print data tersebut. Tidak perlu lagi mengadap bertimbun-timbun buku. Hanya dengan sehelai kertas, semua jawapan murid akan terpapar. Buat perbincangan soalan dengan murid-murid untuk pengukuhan. :)




Kredit kepada Cikgu Normie kerana dapat membuka minda saya tentang mudahnya menggunakan Frog VLE. Ianya umpama suntikan semangat kepada saya untuk terus menggunakan pelantar tersebut! 

Nota Kaki: Adalah lebih baik untuk kita mencipta latihan sendiri untuk murid kita. Bukanlah nak kata tak boleh ceduk bahan orang lain, tetapi, mencipta sendiri adalah lebih baik dan percayalah, kepuasan yang anda dapat selepas itu adalah lebih berbaloi! Good luck! :)


Demikianlah Artikel Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!

Sekianlah artikel Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku! dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/02/frog-vle-teknik-super-simple-untuk-beri.html

0 Response to "Frog VLE : Teknik Super Simple Untuk Beri Latihan Kepada Murid Tanpa Perlu Menanda Buku!"

Post a Comment