Judul : 11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah
link : 11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah
11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah
Menggalakkan guru-guru di sekolah menggunakan akaun email xxx@yes.my sebagai akaun rasmi untuk segala urusan di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Misalnya, di peringkat sekolah, segala borang dan surat menyurat, minit mesyuarat boleh diemail sahaja kepada guru-guru. Disamping menjimatkan kertas, ianya sangat efisyen kerana segala borang boleh terus diisi, tidak perlu ditulis tangan!
Dashboard sekolah yang up to date sedikit sebanyak dapat membantu peningkatan login. Hal ini kerana, sekiranya dashboard sekolah berinformatif dan menarik, ia akan membantu menarik minat para pembaca yang terdiri dari kalangan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru untuk membaca dan mendapatkan maklumat terkini sekaligus melonjakkan peratus login. Antara kandungan yang boleh diletakkan di dashboard sekolah ialah, takwim aktiviti sekolah, jadual waktu, info aktiviti semasa dll.
Ok, part ni paling penting! ID dan katalaluan mesti diedarkan kepada guru-guru, murid-murid dan ibubapa. Mengapa? Ya, jika tiada ID, bagaimana mungkin mereka login dan menggunakan pelantar Frog VLE tersebut. Dengan adanya kata laluan dan ID, mereka dapat login dimana-mana mereka berada, pada bila-bila masa sahaja. Di sini sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan peratusan login tambahan pula jika dashboard sekolah mengandungi content yang menarik misalnya permainan interaktif, kuiz, gambar-gambar aktiviti sekolah dll.
Sebelum dapat menggunakan Frog VLE, seharusnya ibubapa, guru-guru dan murid-murid diberi pendedahan cara menggunakan laman, cara melakukan login, menulis komen dan lain-lain. Promosi dapat dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya, memasang banner di sekitar sekolah, membuat program 1 hari dengan ibubapa untuk tujuan promosi Frog VLE, hebahan melalui surat, whatsapps, telegram dan lain-lain lagi.
Pihak pentadbir boleh memikirkan tentang mewujudkan Kelab Komputer di sekolah. Selain dapat membantu melonjakkan peratus penggunaan laman Frog sekolah, ianya juga dapat memyumbang kepada peningkatan peratusan penggunaan Chromebook dan Netbook yang dibekalkan di sekolah.
Kelab komputer juga dapat melahirkan satu kumpulan murid - Frog Champion Student yang boleh dijadikan role model kepada murid-murid yang lain di sekolah. Kumpulan Frog Champion Student juga boleh dilatih untuk menjadi fasilitator semasa pdp di kelas masing-masing.Tips yang keenam ini berkait dengan tips yang kelima. Penghargaan kepada murid-murid dan guru-guru itu perlu untuk mengekalkan kecemerlangan dan sebagai motivasi kepada mereka untuk terus kekal aktif dalam menggunakan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Hadiah galakan seperti button badge, sticker dan lain-lain sesuai dijadikan sebagai cenderamata selain mudah didapati dan harganya juga adalah sangat berpatutan. Hadiah juga boleh diperbanyakkan mengikut pelbagai kategori. Antara kategori yang boleh diberi penghargaan ialah, kategori login tertinggi, kategori pengguna aktif, pemenang kuiz dll.
Untuk memastikan login berjaya, pastikan talian internet juga dalam keadaan yang baik. Pentadbir Frog digalakkan memantau talian internet yang dibekalkan oleh pihak 1 Bestarinet secara berkala. Memang tidak dinafikan kelemahan talian internet kadangkala amat menyakitkan hati. Sentiasa membuat aduan kepada pihak 1 Bestarinet supaya mereka tahu masalah yang sekolah kita hadapi. Jika boleh catatkan masa kemuncak masalah internet berlaku, misalnya, jam 10pagi sehingga 12 tengahari talian internet 'down' dan tidak mencapai mbps seperti yang mereka janjikan. Maklumkan kepada mereka supaya mereka boleh melakukan tindakan yang sepatutnya. Sekiranya pemantauan berlaku, speed test dan 'black and white' laporan amat membantu.
Tentunya site pdp merupakan elemen penting bagi menjayakan program Frog VLE ini. Berikan galakkan kepada guru-guru untuk mereka bina site pengajaran/pembelajaran bagi subjek masing-masing dan di kongsikan dengan sekolah agar bahan tersebut dapat digunakan oleh seluruh warga sekolah.
Untuk menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan laman Frog, pastikan segala perkongsian maklumat dan bahan dilakukan melalui email/link perkongsian (google drive). Selain menuju kearah 'paperless', tindakan ini juga sekaligus dapat membantu melonjakkan jumlah login tanpa kita sedari.
Seperti yang dicadangkan pada point saya nombor lapan, pembinaan site dapat membantu menaikkan penggunaan laman sekolah. Guru-guru penasihat kokurikulum boleh menyediakan site untuk digunakan semasa perjumpaan kokurikulum. Permainan interaktif, kuiz, info dan maklumat berkaitan persatuan/kelab, dan perbincangan boleh diletakkan di dalam site untuk diguna pakai semasa perjumapaan dengan ahli kelab.
Demikianlah Artikel 11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah
Sekianlah artikel 11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/02/11-tips-untuk-melonjakkan-peratus.html
0 Response to "11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah"
Post a Comment