Review : Avillion, Port Dickson

Review : Avillion, Port Dickson - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Review : Avillion, Port Dickson, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Travel, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Review : Avillion, Port Dickson
link : Review : Avillion, Port Dickson

Baca juga


Review : Avillion, Port Dickson


Yay! Dah baik demam. Haha. Legaaa... Hari ni nak tulis review tentang Avillion, Port Dickson... Cerita dah basi, tapi... memori indah masih lagi terpahat di ingatan. Gitcheewww! Hehe... Been here cuti sekolah yang lepas... Walau agak sibuk cuti sekolah Disember lalu, sempatlah curi masa ke sini sekejap... Melepaskan lelah! Hahaha... Serius menyesal buat keja sekolah time cuti. Ingatlah kawan-kawan, don't ever waste your time/holiday untuk sekolah. Sehari dua takpe, jangan jadi macam saya... Hampir sebulan cuti gone gara-gara siapkan buku takwim & pengurusan sekolah dan juga jadual waktu dan pelbagai lagi tugas. I did it well! Well memang well tapi bila sekali kau bercakap tentang sesuatu yang dorang takleh terima, selama-lamanya kau akan di cop macam kau ni paling musibat sekali kat sekolah. Dah macam kau tak pernah berbakti untuk sekolah... Kau di label sebagai penentang level Osama Laden! Giteww! Siap kena kecam bagai. Kena psycho. Alhamdulillah. Takpe... takpe... Pengajaran! Gitulah bila kebaikkan dipijak-pijak, hati pun memberontak. Apa pun saya dah maafkan kalian. Pijaklah selagi boleh. Jatuhkanlah selagi mampu. Saya macam ni jer. Sapa suka, suka... Yang tak suka, takde hal. Okay, teremo lagi... Hahaha... Terkenang peristiwa yang berlaku, sumpah! buat saya rasa sungguh menyesal.


Ok dah. Sambung balik. Haha... Ni kali kedua saya ke sini. Avillion ni agak mahal dan agak di luar kemampuan level-level rakyat marhaen macam saya ni kalau ikutkan, tapi oleh kerana keunikkan tempat ni membuatkan saya rasa macam saya patut pergi untuk bagi family saya experience something different, maka kugagahkan juga lah mencari pitis lebihan untuk merealisasikan impian ke sini... Hahaha... I want them to be happy! Alhamdulillah, rezeki, dapat juga bawa mama saya ke sini.  Huhu... Serius bila dah masuk umur macam skarang ni, saya lebih mementingkan kegembiraan ahli keluarga berbanding diri sendiri sebab bila tengok dorang happy, saya pun secara automatiknya jadi happy... That's more than enough! Huhu... 

Avillion ni menarik sebab bila korang dah masuk kat dalam ni, korang tak perlu nak kemana-mana dah... Semua ada kat dalam ni. Cuma korang rajin dengan tak je nak pegi ke tempat-tempat tu... Selain itu, saya tertarik dengan konsep water chalet yang dibina di atas air. Masa check in, rasa agak kecewa bila air laut surut nun ke tengah laut... So macam rumah tu berada atas pasir pantai je. Tapi apabila dimaklumkan oleh porter yang air akan naik menjelang petang, hati terus berbunga-bunga... Tassabarrr nak dengar deruan air sesambil beristirehat kat chalet tu... Memang betul seperti yang dimaklumkan, air mula naik pada waktu petang... Best gila wei... Nak memancing kat balcony pun boleh jer... Kikiki... Anyway, kat sini ada beberapa jenis penginapan tau... Water chalet, Water Villa, Garden Chalet dll. Kalau menginap di Garden Chalet, sangatlah dekat dengan kolam renang... Hehe...

Seriously, dulu saya kurang minat tempat-tempat bercuti yang sebegini. Saya prefer tempat yang havoc yang saya boleh keluar jalan-jalan menyopping hahahaha... But yeah, people change! Sekarang ni saya dah mula suka tempat-tempat relaks macam ni, mungkin sebab sekarang ni selalu sibuk dengan kerja, jadi, bila duduk kat tempat tenang macam ni, rasa sangat bersyukur. Rasa macam sangat menghargai waktu tenang. Tapi nak kata tenang sangat tu pun tidak jugalah, sebab saya ni memang jenis kemana-mana pun saya akan angkut laptop. Walaupun kena tegur banyak kali, tapi ni dah macam habit. Rasa lain macam kalau tak mengadap laptop dalam sehari... Hahahahha... Paling best kadang-kadang angkut pergi dan bawak balik macam tu je. Sebab tak sempat nak buka langsung! But still... laptop ada bersamaku. Kikikii...


Bila berada dalam resort macam ni, saya suka lihat gelagat manusia... Diva & geng retis ramai wei... Hahahah... Sempatlah jumpa dengan Buzen (Geng Bas Sekolah) dan juga pelakon drama lelaki yang top tu... Adik saya kata namanya, Ben Amir. Saya tak kenal pun dia ni. Hahahah... Kesian kan. Serius tak kenal sebab saya memang tak layan drama-drama ni... Tak minat! Hewhewhew...


Okay, since saya pergi pada penghujung bulan Disember, of coz dekorasi penuh bertemakan Christmas. Dalam ni ada tiga kolam renang besar. Satu untuk family, satu untuk kanak-kanak... Yang ni terletak berhadapan dengan cafe / sourvenir shop dan juga gymnasium serta garden chalet. So, sambil-sambil family mandi manda, korang bolehlah order sepinggan dua makanan dan minuman kat situ. Tak pun kalau korang tak minat nak bermandi manda, mungkin korang boleh lepak kat gym atau menyopping kat gift shop saja... Satu lagi kolam renang berada jauh sedikit kedalam, dan strictly untuk dewasa sahaja. Pool ni memang agak dalam.


Dalam Avillion ni juga di sediakan petting zoo yang dibuka pada waktu pagi. Korang boleh pegi feed haiwan-haiwan macam arnab, ayam serama, merak, kura-kura dll kat sini secara percuma. Hakak sukaaaa! 😂Staff kat situ sediakan potongan-potongan kecil sayur-sayuran untuk korang berikan kepada haiwan-haiwan comel disitu... Hehe... Pagi saja ya! Selain itu, ada juga disediakan mini playground untuk yang bawa anak, boleh la lepak di sini.. Berhampiran dengan playground, ada satu lagi tempat untuk kanak-kanak melepak - Kid's Cabin. Kat dalam tempat ni, anak korang boleh menghabiskan masa buat pelbagai aktiviti. Tapi aktiviti kat sini mostly berbayar ya... So jangan lupa bawak duit banyak-banyak sket... Hahhaha... Nak mewarna tshirt ke, mencanting batik je... Buat keychain dll... Harganya semua lebih dari RM15. Selain itu, dalam ni juga ada children's spa dimana ia umpama heaven kepada anak-anak pompuan korang... Nak buat pedicure ke, nak dandan rambut ke, nak buat facial ke atau nak buat full body treatment pun hado! Harga? Hahahhaha... Jangan tanya. Bawak duit je hokay!



Resort ni memang membawakan konsep 'nature' giteww... Kiranya masa kita berjalan-jalan nak ke sana sini, ada haiwan-haiwan jinak yang dilepaskan dan kawasan memang redup di kelilingi oleh pohon-pohon yang pelbagai... Satu lagi memang ada path yang selesa untuk menolak kerusi roda. Huhu... Cuma kat area pool tu kena hati-hati sikit sebab laluan kerusi roda ngam-ngam je, silap sket mau tergolek masuk pool. Hihihi... Since saya bawa guest yang berkerusi roda, saya amat menitik berat kan tentang ni semua...

Kalau berminat, boleh pergi ke aviSPA untuk massage ke buat pedicure ke... dan kat area aviSPA ni juga ada tempat untuk bergambar. Yang ni saya tak pergi pun... Sebab tak minat nak bergambar. Huhuhuuu... Tapi kalau korang memang kaki bergambar, saya memang recommend korang untuk ke tempat ni. Bukan apa, memang cun! Tapi berbayar ye... Untuk in house guest, seorang RM40 macam tu kot... tak ingat plak exact harga. Gambar boleh tengok kat bawah ni... Memang cun! Dengan bayaran sebanyak tu, korang bukan sahaja dapat bergambar tetapi akan dihidangkan segelas minuman. hehe...

Sumber : Google Image

Kisah dalam bilik pulak. Ada satu katil besar dan juga ada ada satu pangkin yang boleh tahan besar gak kat tepi tingkap (macam katil gak). Macam biasa, ada TV, mini bar, dan toilet memang besar gila... Tempat shower memang tak berbumbung hokay... Huhu... Ada bathtub juga. Ada balcony untuk lepak-lepak ambil angin, memancing ke... Sini port paling best untuk melayan perasaan.... Tenangkan fikiran katanyaaa sesambil melihat matahari terbenam... Kikikii...






Apa yang tak best? Hahahhaaaa... yang tak best pun kena tulis gak. Iron on request. Request, baru ler mereka hantar... Tu pun kena tunggu... Boleh tahan lama juga. Mungkin sebab full house kot. Ironing board serius, tak best langsung... saiz mini satu hal, takleh nak stand dengan baik satu hal plak lagi... Huhu. Bab iron ni memang saya sensitif sikit, sebab hakak memang alergic pakai baju / tudung tak iron... Sanggup bawak iron sendiri ke mana-mana, huhu... Sebab tu saya prefer travel by car, sebab semua saya boleh hangkut masuk kereta... Hahaha... Satu lagi yang tak best adalah tempat parking yang jauh... Serius kena menapak wei nak ambik kereta. Berpeluh gak la nak nak time check out... Huhu... Satu lagi papan dekat balcony pun banyak yang tak begitu elok. So hati-hatilah ye. Berbeza la time saya pegi tujuh tahun lalu, dulu memang cun gile lah. Huhu...

Okay lah, setakat ni je review saya... Saya ni sebenarnya tak la gemar sangat tulis pasal trip ke percutian ke hotel ke... I'm secretive! LOL. Secretive la sangat... Saya cuma tak berapa gemar nak war-warkan saya ke mana-mana... Yang kenal saya memang tahu sangatlah. Jarang saya nak share. Kalau saya share tu kan, bermakna orang tu mesti orang yang sangat sangat sangat rapat dengan saya. Retis sangat kann! Hahaha... Satu lagi mungkin sebab saya ni jarang merancang untuk ke mana-mana. Selalu ikut kata hati je, rasa nak pegi... pegi... Kelemahannya apabila tidak merancang, saya gagal mendapatkan hotel dari Agoda ke Trivago ke... Cuti Sekolah kannn... Hukss... So saya beli direct dari laman web hotel jer... Giteww! Hihi... Kalau ikutkan ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat dalam resort ni misalnya watersport ke... Explore la kat map tu ye...

Dua bulan nak siapkan post ni. Banyak lagi kot post yang half way, tak siap-siap. Huhuhuu... Saya tulis review ni sekadar berkongsi pengalaman dan mana tau kot-kot korang nak pegi nanti dengan ahli keluarga korang yang pakai wheelchair, at least dah tau la serba sedikit pasal tempat ni kan... Untuk orang yang pakai wheelchair, hotel ni LULUS untuk korang pegi. Ada bilik untuk disabled guest tapi view tak cun ye... Saya pasrah je masa diberitahu view tak cun, tapi tetiba mak saya plak request nak masuk bilik biasa, nak view canteks katanya.... I was like, EHH! Haha... Thank you, Ma! Tapi bila dah masuk bilik biasa, nak guna toilet dengan berkerusi roda tu agak susah la sket. Pandai-pandailah ye... Huhu~

Nota kaki: You can't force anyone to like you! Why would you want something forced and fake anyway? Kannn... Belajar untuk redha. Bak kata kawan saya, "Tak payah halau, pandailah saya pergi sendiri." :(


Demikianlah Artikel Review : Avillion, Port Dickson

Sekianlah artikel Review : Avillion, Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Review : Avillion, Port Dickson dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2018/02/review-avillion-port-dickson.html

0 Response to "Review : Avillion, Port Dickson"

Post a Comment