10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma

10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Frog VLE, Artikel ICT, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma
link : 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma

Baca juga


10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma


Assalamualaikum gaise!

Semua bersemangat nak ke sekolah eh... Heheheee... Selamat kembali ke sekolah, cikgu! Nasib baik saya ada sehari lagi cuti... Sempatlah nak cover buat apa-apa yang masih belum settle. Ini post terakhir untuk tahun 2017, saya nak kongsikan bagaimana anda dapat menukar dokumen PDF menjadi Apps Android. Gempak gila kannn! Hahahaha... Hi-tech sangatttt! 

Sebenarnya tahun ni saya diberi mandat untuk menyelesaikan dua tugas penting iaitu penyediaan jadual bagi semua guru untuk tahun 2018 dan juga pembinaan buku pengurusan dan takwim sekolah 2018... Perghhhh... Barulah saya tahu betapa hazabnya nak buat buku takwim ni heh... Haduii... Banyak kali perlu diubah sana sini... Memang memeningkan. Tapi apa pun alhamdulillah, siap juga tugas saya... Syukur!

Okay, tahun lepas walaupun saya tidak terlibat dalam pembinaan buku pengurusan dan takwim sekolah ni, saya request softcopy dari penolong kanan saya untuk saya jadikan e-book dan saya embed kan ke dalam dashboard Frog VLE Sekolah saya... So, selain buku hardcopy yang kami terima, cikgu-cikgu sekolah saya boleh mendapatkan buku pengurusan dan takwim sekolah 2017 dari dashboard sekolah jer... So kami memang tak ada masalah nak akses di mana-mana pun... Sebab sentiasa ada dalam Frog VLE. :) Saya nampak tahun 2018 ni ramai admin Frog yang masukkan Takwim sekolah dalam Frog, baguslah! Saya memang dah buat dari tahun lepas lagi... Memang memudahkan sebab tak payah nak usung buku tu ke rumah... Kat rumah tengok via Frog je... Hehe... Tahun 2018 juga, saya akan teruskan benda sama, masukkan ebook buku pengurusan dan takwim ni dalam laman Frog VLE sekolah saya, insyaAllah... 

Since buku pengurusan dan takwim sekolah 2018 kali ni di bawah tanggungjawab saya (Pentadbir sekolah saya terlibat sama dalam menetapkan pembahagian tugas guru-guru), jadi saya fikir saya nak permudahkan lagi supaya semua guru-guru dapat menggunakan buku tersebut di mana-mana sahaja walaupun tanpa internet. Bagaimana caranya? Ya... Caranya adalah dengan mewujudkan aplikasi android yang membolehkan guru-guru download Apps tersebut dalam tab mahupun telefon mereka. Mereka hanya perlukan internet semasa men download apps sahaja. Selepas apps tersebut sudah termuat turun dalam telefon/tab mereka, mereka boleh membuka aplikasi tersebut walaupun tiada akses internet. Wow! Haha... 

Okay sebelum saya pergi dengan lebih lanjut lagi, suka saya menerangkan bahawa apps ini adalah totally percuma. Apps ini juga adalah serasi dengan telefon/tab android sahaja. Sekiranya guru-guru yang menggunakan produk apple, minta mereka download dalam tab/telefon yes Altitude yang mereka dapat percuma tu! Haaaa... gitewww... Hahaaha... So, tiada alasan! Yelah, sebelum masalah timbul, lebih baik kita fikirkan jalan penyelesaiannya awal-awal kan... Hehe... Okay bagaimana pula jika ada perubahan dalam buku pengurusan tu? Anda sebagai pentadbir apps, anda boleh remove apps tersebut dan create baru, atau, anda boleh edit sahaja, delete fail pdf lama dan upload kan yang terkini... (Yang ni saya belum pernah cuba ya... Saya tau kaedahnya tapi belum pernah mencuba!) Setiap ada perubahan, elok jika labelkan juga Apps dengan V1, V2 dan seterusnya. V tu version ye... hehe...

Cara-caranya:-

1) Sediakan Bahan dalam bentuk PDF (Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah misalnya)

2) Kemudian, pergi ke laman http://www.appsgeyser.com

3) Daftarkan akaun 

4) Okay dah settle semua pendataran, klik pada CREATE APP

5) Klik pada HTML, Text, PDF



6) Kemudian Klik pada CREATE NOW - PDF Tab


7) Klik upload File



8) Masukkan Nama APPS korang tu... klik next, Deskripsi, next, icon pilihan

9) Klik CREATE

10) Yay! Dah siap! Copy dan berikan link / QR Code tu kepada rakan-rakan anda untuk men download apps yang telah dibina. Memandangkan apps ni dibina secara percuma, ia tidak tersenarai dalam google play store ye... So, kalau nak download, memang kena edarkan link dalam kotak merah tu... Saya tutup QR Code dan link apps sekolah saya sebab segan... Taknak lah jadi public pula kan... Hasil kerja saya tak seberapa pun... Huhu... Orait, Let say korang nak apps korang tu tersenarai dalam google play store, ada bayaran dikenakan... Kalau setakat buku pengurusan sekolah ni saya fikir tak perlulah nak masukkan dalam google play store. Cukup sekadar sebarluas link sahaja untuk guru-guru memuat turun aplikasi tersebut kannn! :)


Paparan aplikasi pada tab setelah dimuat turun.

Kalau korang ada modul ke, boleh lah try buat apps macam ni... Hehe.. Curlastttt uolls... Baik, sebelum berakhirnya tahun 2017 ini, izinkan saya memohon kemaafan andai kata ada tulisan dan posting saya dalam blog ini menyinggung perasaan anda, maafkan saya! Doakan kemajuan, kesihatan dan kejayaan saya pada tahun-tahun yang mendatang ya... Selamat menyambut tahun baru 2018. Assalamualaikum! :)

Nota kaki: Kadangkala Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik... Dan kadang-kadang Allah tarik balik mereka semua, sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia! Deep betul ni... Huhu... Semoga kita semua jadi baik keranaNya ya! Ikhlaskan hati... InsyaAllah...  



Demikianlah Artikel 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma

Sekianlah artikel 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2017/12/10-langkah-untuk-menjadikan-dokumen-pdf.html

0 Response to "10 langkah Untuk Menjadikan Dokumen PDF Sebagai Apps Android yang Percuma"

Post a Comment