Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome

Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Frog VLE, Artikel ICT, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome
link : Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome

Baca juga


Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome


Hi gaise!
Assalamualaikum...

Dashboard sekolah adalah umpama laman utama yang lazimnya memberikan gambaran dan imej tentang sesebuah sekolah. Lazimnya pengurus dashboard sekolah adalah terdiri dari Guru Admin Frog atau mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini  dashboard akan meletakkan elemen-elemen tertentu bagi menarik minat para ibubapa, guru mahupun murid-murid untuk melawat laman utama selain mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang sekolah.

Baiklah, hari ni saya nak share sedikit tips bagaimana anda boleh tukarkan dashboard sekolah yang 'boring' kepada sesuatu yang WOW! Selain gambar latar belakang yang menarik, anda juga perlu bijak memilih elemen yang patut ada dalam dashboard tersebut. Audience anda adalah terdiri daripada rakan-rakan guru, ibubapa dan juga murid-murid. Jadi, anda patut sesuaikan apa yang sepatutnya ada dalam paparan dashboard sekolah supaya mereka ni mahu melawat dan melihat dashboard tu lagi dan lagi... Be creative! Saya pasti ramai rakan-rakan saya yang juga admin ada idea lain... So, why not anda share idea anda di ruangan komen dibawah! Kita tukar idea kat sini... Hehe...

Apa yang boleh anda letak kat dashboard sekolah anda???

1. Maklumat Sekolah
(Lencana sekolah, Alamat Sekolah, No telefon dsb)

2) Carta Organisasi Sekolah

3) Jadual Guru Bertugas
(Yang ini bagi memudahkan cikgu-cikgu untuk menyemak Jadual Bertugas di mana-mana mereka berada dengan hanya melayari laman frog sekolah.)

4) Dokumen
(Boleh letakkan pelbagai dokumen yang boleh dimuat turun misalnya borang SPBT, Borang RO1, RO2, Template RPH dll dokumen yang dirasakan penting.)


5) Laman Pautan Yang Relevan
(Yang ni untuk menggalakkan cikgu-cikgu untuk hanya login FrogVLE tetapi dalam masa yang sama mereka boleh akses ke laman-laman penting lain seperti APDM, e-penyata gaji, SAPS dll yang berkaitan.)

6) SAPS Ibubapa
(Bagi membolehkan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak)

7) e-kamus
(Letakkan laman pautan kamus online yang boleh digunakan oleh semua audience)

Cadangan Link :-
Kamus BM-BI, BI-BM - http://www.mykamus.my/translate.php
Jawi Converter - http://www.ejawi.net/converterV2.php
Kamus Bahasa Arab - http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/utama.aspx
Kamus BI-BI - http://dictionary.cambridge.org/
Kamus DBP BM-BM, BM-BI, BI-BI, BI-BM - http://prpm.dbp.gov.my/

8) Al-Quran 30 Juzuk
Boleh guna yang ni... saya dah convert kan jadi bentuk e-book http://online.anyflip.com/qzix/xbio/

9) Jom tonton / Wayang / Movie @ Frog 
Masukkan youtube... tapi sebelum tu anda buat playlist terlebih dahulu... add la cerita-cerita masa kini... kikikii... jadi, bila murid nak menonton, mereka boleh buat pilihan cerita/movie yang dah tersedia dalam senarai... 

10) e-library
Untuk e-library ni, murid boleh buat program Nilam sekali tau... Boleh dilaksanakan dalam kelas semasa PdPC atau boleh minta murid buat semasa di rumah jer... Beratus-ratus e-book percuma untuk mereka baca dan buat Nilam... Ni antara link bagus yang saya jumpa... Kalau anda tahu mana-mana link yang best, share ye dengan saya... :)

Cadangan Link:-
Buku BI - http://www.pdfdrive.net/
Buku BI - https://freekidsbooks.org/
Buku BM - https://www.storyjumper.com/book/index/16008692/BUKU-CERITA-KANAK-KANAK
Buku BI - http://www.kidsworldfun.com/shortstories.php


11) Lepak @ Frog
Bina site Untuk Murid-murid melepak di sini... Gunakan widget wall untuk mewujudkan ruang sembang. Selain itu, anda juga boleh mengadakan ruangan forum untuk murid-murid berbincang hal-hal berkaitan sekolah atau apa sahaja isu yang relevan. 

12) Games @ Frog 
Letakkan pautan-pautan laman permainan yang sesuai untuk murid-murid.

Cadangan Link:-
https://englishflashgames.blogspot.my/
http://www.eslgamesplus.com/crocodile-games/
http://www.eslgamesplus.com/interactive-crossword-puzzles/

13) Jom Lukis
Bina site, embed kan laman http://www.autodraw.com Laman ni best tau! One of Google punya product jugak ni... Tak percaya, cubalah!

14) Gambar Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun
Bina Site, letakkan semua gambar-gambar aktiviti sekolah sepanjang tahun... Murid-murid ni suka kalau tengok gambar mereka ada dalam komputer. Hehe... Mesti mereka tertunggu-tunggu nak tengok gambar terkini, kannn?! :)

15) Ucapan
Bina site, embed kan padlet di situ, untuk murid, guru dan ibubapa tuliskan ucapan mereka sempena sambutan perayaan dll. Selain itu, boleh juga sediakan tapak untuk mereka meluahkan pendapat untuk penambahbaikan... www.padlet.com

Oh ya, ni pun salah satu cara nak bantu tingkatkan KPI sekolah... Yelah, kalau murid boleh buat macam-macam kat dalam dashboard sekolah, tak mustahil mereka akan login selalu kan... Rujuk post saya yang terdahulu tentang 11 Tips Untuk Capai KPI Hehe... That's all for now! Take care, everyone! XOXO

Nota kaki: Untuk anda berjaya, bantu orang lain berjaya...


Demikianlah Artikel Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome

Sekianlah artikel Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2017/09/frog-vle-15-idea-untuk-dashboard.html

0 Response to "Frog VLE : 15 Idea Untuk Dashboard Sekolah yang Awesome"

Post a Comment