Judul : LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2
link : LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2
LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2
Assalamualaikum...
Hi gaise!
Sekolah saya telah menjalankan Program Penggunaan ICT Dalam Pendidikan Bersama Ibubapa Murid Linus Tegar pada hari Sabtu yang lalu. Since saya yang diminta untuk jadi speaker, saya ambil peluang untuk jadikan program ni salah satu program di bawah Makmal Komputer dengan kerjasama Unit Linus sekolah saya. Oleh kerana program ni program di bawah Makmal Komputer, jadi dah tentulah saya akan integrate kan elemen ICT dalam penyampaian saya... Seriously, it was fun dan saya memang berpuas hati sebab dapat share segala ilmu yang saya ada kepada mereka... Sampaikan hakak tak tido malam memikir untuk buat presentation yang sebegini tau... Hahahaha... Walaupun nampak macam pelik, Linus tetiba nak combine dengan ICT, tapi sebenarnya, kalau anda baca post saya sampai habis, anda akan dapat rasai bagaimana ICT ni sebenarnya boleh membantu murid-murid Linus dalam tak sedar... Cubalah... :D
Saya masih menggunakan bahan saya yang terdahulu untuk dibentangkan kepada ibubapa, walau bagaimana pun, oleh kerana saya nak masukkan sekali elemen ICT, maka ada lah sedikit penambahan dalam slide saya... Bagi yang berminat nak download bahan saya, silalah gunakannya demi anak-anak murid anda yang tercinta... Hehe... Kami juga sungguh bertuah kerana Fasi Linus Bahasa Inggeris PPD Kinta Utara sudi membantu memberi serba sedikit penerangan tentang Linus kepada ibubapa.
Slot saya selama hampir 3 jam itu dimanfaatkan dengan berbincang tentang cara mengatasi 8 masalah murid LINUS Bahasa Inggeris dengan menggunakan elemen ICT sebagai salah satu cara untuk membantu mereka. Kali ini program ini dijalankan secara hands on... Semua ibubapa diberikan chromebook untuk bersama-sama mengikuti step by step cara untuk mendapatkan/menggunakan bahan dari internet. Selain itu juga, saya juga membentangkan contoh soalan bertulis & lisan dan kami go through satu per satu... At least bila ibubapa dah lihat bentuk soalan, mereka boleh agak dan persiapkan anak-anak mereka untuk saringan Linus. Bila parents main peranan, guru pun mudah buat kerja... Impaknya pada anak-anak... Berjaya!
Selain itu, fokuskan juga pada tulisan mereka kerana dikhuatiri anak tersebut mengalami masalah dyslexia.. kalau tulisan macam dalam cermin (terbalik) b jadi d... jika perlu, bawalah anak berjumpa doktor...
Akhir sekali saya selitkan tentang cara untuk mereka kumpulkan video-video yang dipilih dalam satu playlist dalam youtube. First time saya mengajar audience yang terdiri dari ibubapa tentang aplikasi google secara terperinci sebegini. Selalunya, saya present benda macam ni pada guru-guru dan pegawai pendidikan jer... Huhu... Satu lagi tentang enjin carian kanak-kanak... Boleh baca di sini. Harap-harap dorang dapat ilmu yang saya sampaikan dan boleh gunakan di rumah. :)
Ada banyak sebenarnya bahan-bahan online yang berguna untuk murid-murid Linus ni, cuma mungkin kita tak terperasan atau tidak menggunakan kata kunci yang betul semasa membuat carian... Hehe... Sekiranya anda ingin berkongsi link yang menarik dan sesuai untuk murid Linus, sila kongsikan di ruangan komen ya...
Download : Contoh Instrumen Saringan Linus (Bertulis) Tahun 3
Contoh Instrumen Saringan Linus (Lisan) Tahun 3
Slide Pembentangan :
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Fasi Linus PPD Kinta Utara, Puan Anisya Rusmaya Binti Ahmad Bashah, kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami menjalankan program ini. Tidak dilupa, kepada Cikgu Anny Suzany, penyelaras Linus di sekolah saya, Cikgu Mohd. Redzwan, selaku setiausaha makmal komputer, yang banyak membantu dari awal program ini dirancang hingga akhir. Selain itu, terima kasih juga buat rakan-rakan guru yang lain yang turut serta dalam membantu menjayakan program ini... Sokongan yang diberikan oleh PIBG SK Rapat Jaya, Guru Besar dan Penolong Kanan juga amat dihargai... Thank you! 💖💖
Okay, sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk hari ni... Semoga bermanfaat kepada semua. Take care, everyone! Cheers!
Nota Kaki: Peringatan untuk diri sendiri.... Be good even you don't receive good. Not for other's sake but because Allah loves those who do good - Dr. Bilal Philip.
Demikianlah Artikel LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2
Sekianlah artikel LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2 dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2017/08/linus-bahan-pembentangan-linus-kepada.html
0 Response to "LINUS : Bahan Pembentangan LINUS Kepada Ibubapa V2"
Post a Comment