Teng-teng foniks dan dam ular lantai

Teng-teng foniks dan dam ular lantai - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teng-teng foniks dan dam ular lantai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Lain-lain, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teng-teng foniks dan dam ular lantai
link : Teng-teng foniks dan dam ular lantai

Baca juga


Teng-teng foniks dan dam ular lantai



Satu lagi projek yang telah dijalankan di sekolah saya iaitu 'phonics hopscotch'. Projek ini dijalankan dibawah 'Highly Immersive Programme' dimana teng-teng ini boleh digunakan oleh murid-murid untuk memenuhi masa lapang mereka sementara menunggu ibubapa datang untuk mengambil mereka selepas waktu tamat persekolahan.

Pelaksanaan: Boleh digunakan sebagai aktiviti luar bilik darjah atau digunakan secara tidak formal oleh murid-murid. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum semasa perjumpaan untuk persatuan Bahasa misalnya.

Cara bermain? Murid-murid menggunakan pemadam sebagai penanda. Setiap kotak mempunyai huruf tertentu. Setiap kali mereka pijak di dalam kotak, mereka perlu menyebut satu perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Selain itu, teng teng ini juga boleh digunakan semasa aktiviti pemulihan. Ini bertujuan membantu murid-murid membiasakan diri dengan huruf, perkataan atau bunyi fonik.

Impak: Meningkatkan bilangan kosa kata murid-murid dan menggalakkan aktiviti didik hibur. Bermain sambil belajar.


Saya terjumpa satu lagi permainan lantai yang saya rasakan bermanfaat. Permainan dam ular yang hanya di buat menggunakan pita pelekat. Idea yang simple yang boleh 'ditiru' untuk dilaksanakan di sekolah. Dam ini ada di tingkat atas pasaraya Billion, Seri Iskandar. Yang pergi ke sana, bolehlah bawa dadu siap-siap dari rumah. Heheheee...

Semoga idea-idea yang dikongsikan bermanfaat untuk rakan-rakan semua.. Bye! :D



Demikianlah Artikel Teng-teng foniks dan dam ular lantai

Sekianlah artikel Teng-teng foniks dan dam ular lantai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teng-teng foniks dan dam ular lantai dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2017/02/teng-teng-foniks-dan-dam-ular-lantai.html

0 Response to "Teng-teng foniks dan dam ular lantai"

Post a Comment