10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)

10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM) - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ICT, Artikel Lain-lain, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)
link : 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)

Baca juga


10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Sedar tak sedar kita dah pun masuk ke bulan yang kedua. Mungkin rakan-rakan guru sudah pun mula terbiasa dengan tugas-tugas yang diberikan. Yelah, dah dua bulan menggalas tanggung jawab, pasti dah tahu apa yang perlu dibuat kan! :)

Bulan Januari yang lalu telah berlansungnya Majlis Perutusan Tahun Baru 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (#ptbkpm2017) di PICC yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan kita YB Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid. Salah satu perkara yang saya anggap penting adalah berkenaan dengan ketetapan KPM tentang aplikasi yang wajib diurus oleh guru kelas dan guru akademik biasa iaitu APDM dan PBS offline. Maklumat ini terkandung di dalam slide yang ke-49.  Rujuk slide perutusan 2017 KPM di sini.


Salah satu cara yang mudah untuk membantu guru-guru kelas untuk mencatat kehadiran murid ialah dengan menggunakan aplikasi APDM Mobile (e-Kehadiran). Saya amat berterima kasih kepada salah seorang rakan saya, Mohd. Ariff B. Badaruddin, kerana telah memperkenalkan aplikasi ini kepada saya dan rakan-rakan. Aplikasi ini dibina oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang mana pada pendapat saya, sangat bermanfaat untuk guru kelas khususnya.  Guru-guru boleh download aplikasi ini di telefon bimbit masing-masing bagi memudahkan urusan key in data kehadiran murid-murid.
**WALAUBAGAIMANAPUN, APLIKASI INI BELUM BOLEH DIGUNAPAKAI SEPENUHNYA. INI KERANA DATA YANG DIMASUKKAN TIDAK SYNC DENGAN APDM. ADA MASA DATA SYNC DAN ADA MASA DATA TIDAK SYNC DENGAN SISTEM APDM. MUNGKIN APPS NI MASIH DALAM PROSES DIBANGUNKAN.


APDM Mobile (E-Kehadiran) 
Sumber rujukan :- http://moe.gov.my/index.php/my/aplikasi-mudah-alih

Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.eKehadiranMurid

iOS : https://itunes.apple.com/us/app/ekehadiran-murid/id1100630314?ls=1&mt=8

Cara menggunakan aplikasi ini amatlah mudah. Hanya dua langkah dan siap!!! Aplikasi e-kehadiran sedia digunakan... Pertama, anda perlu install aplikasi di atas ni di telefon bimbit, kedua login dengan memasukkan ID dan Password yang anda gunakan untuk login APDM.

Setelah menguji aplikasi ini, saya dapati terdapat beberapa kelebihan yang patut diketengahkan atau di war-warkan kepada guru-guru. Antaranya:-

1) Guru-guru hanya perlu login sekali sahaja dan tiada lagi 'Saya Bukan Robot' yang menjengkelkan. Saya tahu ramai yang anti betul dengan 'Saya Bukan Robot' ni.. Hahaha..

2) Guru boleh fokus kepada pengisian e-Kehadiran sahaja.

3) Login sekali dan anda kekal aktif. Sama macam aplikasi facebook dll, anda hanya perlu login sekali sahaja dan setiap kali buka aplikasi, anda tidak perlu melakukan aktiviti log in lagi. Data kehadiran kelas anda akan tersedia dan anda hanya perlu rekodkan kehadiran semasa.

4) Paparan yang sesuai dengan screen handphone. Hanya scroll up and down sahaja. Tak perlu nak klik ke tepi ke tengah ke kiri ke kanan untuk tandakan kehadiran murid. Paparan dropdown menu untuk sebab murid tidak hadir juga disediakan.

5) Anda boleh melihat semula rekod kehadiran pada hari yang lepas. (maksimum rekod 30 hari yang lampau sahaja)

6) Mudah digunakan terutama bagi mereka yang kerap menggunakan telefon bimbit berbanding komputer.

7) Lebih efisyen dan pantas. Guru boleh selesaikan key in data kehadiran dalam tempoh seminit dua sahaja. Guru kelas kenal murid-muridnya, silap haribulan nama-nama murid pun anda sudah hafal. Jadi, pasti tak ambil masa yang lama untuk key-in data.

8) Kehadiran boleh diambil pada bila-bila masa selagi ada talian internet. Di padang, di dewan, di kantin, di mana-mana sahaja asalkan ada internet, kehadiran boleh diambil dengan cepat dan tepat.

9) Guru boleh menyemak semula rekod kehadiran pada bila-bila masa. Contohnya, guru ambil kehadiran pada waktu pagi menggunakan aplikasi ini dan boleh tandakan buku rekod kehadiran murid kemudian dengan menyemak data dari aplikasi e-kehadiran ini.

10) Akhir sekali, of coz bila dah guna apps, kita akan kurang menggunakan kertas. Menuju kearah 'paperless'. So, lepas ni dah takde penggunaan kertas nota untuk ketua kelas catat nama murid yang tidak hadir. Ketua kelas boleh maklumkan terus kepada guru kelas dan guru kelas boleh key in data tersebut pada masa yang sama. 

Senang ke susah? Jawapan ada pada anda. :) 

Nota kaki: Mudahkan kerja orang lain dan berharap Allah memudahkan urusan kita juga... Cheers! Babai.. :)


Demikianlah Artikel 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)

Sekianlah artikel 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM) dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2017/02/10-sebab-mengapa-guru-kelas-patut-guna.html

0 Response to "10 Sebab Mengapa Guru Kelas Patut Guna Mobile Apps e-Kehadiran (APDM)"

Post a Comment