Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1

Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1 - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ICT, Artikel Lain-lain, Artikel PdPC, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1
link : Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1

Baca juga


Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1




Sekolah saya baru sahaja selesai menjalankan Program Jalinan Mesra LINUS bersama ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang LINUS dan bagaimana peranan ibu bapa juga sangat penting bagi membantu anak-anak untuk lebih berjaya. Saya membuat pembentangan untuk subjek Bahasa Inggeris Tahun 2 dan saya amat yakin bahawa idea Guru Besar dan Penyelaras LINUS sekolah saya untuk mengadakan pertemuan dengan waris murid-murid LINUS ini adalah merupakan suatu usaha yang boleh dicontohi. Bukan apa, kadangkala sikap murid-murid di rumah adalah jauh berbeza apabila mereka di sekolah. Jadi, pertemuan seumpama ini dapat membuka minda dan mata ibu bapa betapa guru-guru berusaha keras untuk mendidik anak-anak mereka agar berjaya membaca, menulis dan mengira sekaligus dalam membentuk sahsiah mereka ke arah yang lebih baik.

Sepanjang program yang saya jalankan lebih kurang dalam tempoh 1 jam 15 minit bersama murid-murid dan ibu bapa, saya jangkakan ibu bapa sudah boleh membuat kesimpulan tentang kebolehan anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang mula 'naik angin' dengan anak yang masih tidak pandai menulis, ada yang memuji, malahan ada juga yang 'hilang sabar' kerana anak masih tak pandai membaca. Program ini sememangnya memberikan impak yang positif di kalangan ibu bapa kerana pada waktu inilah ibu bapa akan tersedar bahawa anak mereka sangat-sangat memerlukan perhatian serta bimbingan oleh ibu bapa di rumah. Saya amat berharap dengan adanya program seumpama ini, bilangan murid LINUS dapat dikurangkan.

Berikut adalah bahan pembentangan LINUS Bahasa Inggeris Tahun 2 yang saya paparkan kepada ibu bapa tadi. Saya adalah guru biasa, bukan JU LINUS atau pun guru yang hebat. Saya hanyalah guru biasa yang cuba untuk membantu murid-murid saya untuk terus cemerlang. Yang berminat untuk mendapatkan bahan, boleh download. Persembahan saya lebih kepada 'parenting', kaedah penyelesaian masalah dan aktiviti 'hands on' untuk murid-murid. Kenapa hands on? Saya adakan aktiviti 'hands on' kerana saya mahu ibu bapa mereka menilai sendiri kebolehan anak-anak mereka, supaya mereka tahu, kelemahannya dan kekuatan anak mereka. Saya juga mengedarkan set contoh soalan LINUS dari konstruk 1-12 untuk aktiviti hands on. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya hanya benarkan murid-murid untuk cuba menjawab satu soalan bagi setiap konstruk, dan soalan selebihnya saya minta ibu bapa pantau dan bantu anak-anak menjawab di rumah. Saya juga mengedarkan 'mini whiteboard' dengan pen marker untuk mereka membuat aktiviti menulis. Saya berikan 2 ayat dan rata-rata murid saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis disamping tulisan yang 'upside down'. Ibu bapa yang ada, melihat sama tulisan anak-anak mereka. Ada yang tersenyum, ada yang menggeleng kepala dan ada juga yang membantu anak-anak mereka untuk menulis dengan kemas dan cantik. Saya juga tunjukkan beberapa contoh lagu phonics yang boleh dimuat turun dari youtube. Selain itu, saya juga memasangkan lagu kanak-kanak (Bahasa Inggeris) dan beri peluang kepada mereka untuk menari dan membuat pergerakan badan. Saya ingin membuktikan kepada ibu bapa bahawa dengan menyanyi juga murid-murid sangat seronok belajar Bahasa Inggeris disamping mereka juga suka melakukan pergerakkan badan. Saya harap mereka tak putus asa membantu anak-anak mereka untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. :)

Download : Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris


Demikianlah Artikel Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1

Sekianlah artikel Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1 dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/03/bahan-pembentangan-linus-bahasa.html

0 Response to "Bahan Pembentangan LINUS Bahasa Inggeris kepada Ibu bapa V1"

Post a Comment