Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara

Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara - Hallo sahabat Ilmu Berubah, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Lain-lain, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara
link : Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara

Baca juga


Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara




Guru-guru yang dilantik menjadi emcee (pengacara majlis) selalunya terdiri dari orang yang sama sahaja. Bak kata orang, jawatan ini sudah jadi seperti jawatan tetap sehingga berpencen! :) Kebolehan mengendalikan majlis adalah merupakan bakat semulajadi yang tidak ternilai dan anda patut berbangga jika anda selalu dipilih untuk mengacara majlis-majlis penting di sekolah. Bukan semua orang mampu menjadi emcee yang baik.

Pengacara majlis yang baik selalunya akan menjaga suara, penampilan, intonasi - perlu jelas dan baik, mampu bermain dengan emosi sekaligus menghasilkan suara yang seolah-olah 'kena' dengan apa yang diucapkan pada ketika itu, misalnya, sewaktu mengendalikan majlis perpisahan bagi meraikan guru-guru berpindah, seharusnya suara yang dilontarkan akan lebih mengendur bagi mewujudkan suasana 'kehilangan'. Dengan permainan emosi yang baik, suara emcee juga dapat memberi kesan kepada audien sekaligus mewujudkan perasaan sedih, hiba, gembira dll. Selain itu juga, sebagai pengacara majlis, anda tidak boleh cepat panik. Hal ini kerana, anda perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan teks mengikut acara pada waktu sebenar. Semestinya pen dan kertas kosong menjadi peneman, bukan apa, jika ada perubahan atau tambahan maklumat, bolehlah dicatatkan terlebih dahulu sebelum diumumkan. Protokol juga adalah elemen yang terpenting dan perlu dititik beratkan. Susunan nama untuk disebut perlulah tepat supaya tidak menimbulkan isu dan mengelakkan daripada anda mendapat malu kerana tidak menjaga protokol dalam menyampaikan ucapan. Be wise ya! :)

Akhir sekali, untuk menjadi pengacara majlis yang baik, disiplin adalah penting. Kenapa? Ini kerana, sebagai pengacara majlis, anda perlu bersedia lebih awal, anda perlu mengendalikan majlis walau apa juga terjadi (kecuali kes-kes tertentu, mungkin boleh dimaafkan!), anda orang yang terpenting pada hari majlis berlansung, jadi, anggaplah, tanpa anda, majlis akan terganggu! :)

Baiklah, di sini saya ingin kongsikan koleksi teks ucapan bagi pelbagai acara rasmi di sekolah. Untuk pengetahuan semua, teks-teks ucapan ini bukanlah milik saya kesemuanya. Kredit kepada 'Group MC KGM' kerana berjaya menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada guru-guru yang berbakat besar dalam mengendalikan majlis. Mereka telah mengumpulkan skrip-skrip ucapan dan saya telah pun meminta kebenaran mereka untuk membuat perkongsian ini. Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membantu cikgu-cikgu yang baru berkecimpung dalam bidang pengacaraan majlis untuk mengendalikan majlis dengan lebih baik. Selain itu juga, anda juga boleh download bahan-bahan tentang etiket dan protokol dalam majlis rasmi di link yang sama.

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada guru-guru 'Group MC KGM' di atas perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat ini. Ameen..

Download : Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara & Bahan-Bahan Etiket dan Protokol Dalam Majlis Rasmi

Selain itu, Encik Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri juga sudi berkongsi teks ucapan beliau semasa beliau mengendalikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Johor tahun 2016 untuk panduan kita semua... TQ Kamal! :)

Download : Teks Ucapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Johor tahun 2016

Semoga bermanfaat! :)


Demikianlah Artikel Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara

Sekianlah artikel Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2016/02/koleksi-teks-ucapan-pelbagai-acara.html

0 Response to "Koleksi Teks Ucapan Pelbagai Acara"

Post a Comment