Judul : Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!
link : Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!
Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!
Hong Kong Disneyland |
Cinderella |
Water Cooler |
- Sampai di KLIA 2, check in bag. Ambil boarding pass atau print boarding pass siap-siap dari rumah untuk mengelakkan beratur panjang.
- Masuk ke Balai Berlepas => Pemeriksaan Kastam
- Berlepas selama 4 jam. Sewaktu di dalam flight, isi borang imigresen. Tidak perlu declare barang. Cuma perlu isikan butiran passport dan alamat hotel sahaja.
- Turun flight => Perlu naik bas untuk ke terminal, bas ala RapidKL disediakan secara percuma.
- Ambil bagasi => Ikut laluan hijau
- Pemeriksaan Imigresen di Hong Kong, tiada lagi cop passport. Mereka akan bagi kertas kecil sebagai pengganti cop. Simpan kertas tu elok-elok. Selit dalam passport. Kalau hilang, masalah!
- Di HKIA, cari kaunter MTR Customer Service Centre. Beli Kad OCTOPUS. HKD150/dewasa HKD70/kanak-kanak (balance boleh refund masa nak balik ke Malaysia nanti. Boleh refund semasa di HKIA)
- Cari kaunter CTS (China Travel Service), check harga, beli tiket The Peak tram + Sky 428 2 hala (Harga sepatutnya:HKD83/dewasa, HKD40/kanak-kanak, tapi di CTS boleh dapat lebih murah).The Peak ni ada tempat patung-patung artis terkemuka untuk bergambar.. Kalau nak masuk tempat patung tu namanya ‘Madame Tussauds’. Boleh beli tiket pakej tram sekali dengan Madame Tussauds jika mahu. Beli tiket Hong Kong Disneyland sekali di sini. (Harga sepatutnya : HKD499/dewasa, HKD355/kanak-kanak) CTS Travel Service ni selalunya jual dengan harga yg lebih murah. So, boleh jimat dalam RM50/seorang. Banyak juga tu! Jimat.. :D
- Keluar dari airport, menghala ke terminal bas. Ground transportation Centre. Rujuk carta / papan tanda khas nombor-nombor bas. Dalam bas ada papan elektronik memberitahu stesen perhentian semasa dan stesen perhentian seterusnya. Papan elektronik itu juga akan memaparkan anggaran masa untuk kita tiba ke destinasi. Jadi, kita boleh anggarkan berapa lama nak duduk atas bas.
- Untuk pergi ke The Peak Tram + Sky Terrace + Madame Tussauds + Hard Rock Cafe, Caranya ialah dengan menaiki MTR (Sebelum naik MTR sila rujuk ‘route’ perjalanan MTR, ada di dinding stesen MTR, tengok betul-betul, jgn silap naik MTR, nanti rugi duit kad octopus tu). Naik MTR dan turun di MTR Central Station, Exit J2. Kemudian, naik tangga ke ground level, belok kanan ke Charter Garden, jalan terus melintasi garden, Nampak Bank of China Tower disebelah kanan. Jalan terus ke hadapan melintasi traffic light. Tengok signage di traffic light junction. Cari “The Peak Tram Entrance”. Berjalan kaki agak jauh. Jalan berbukit. Pastikan pakai kasut yang selesa. Untuk pengetahuan semua, The Peak ni terkenal dikalangan pelancong, jadi terlalu ramai pelancong di sini. Bersedia untuk beratur panjang untuk naik tram. Mungkin boleh cecah ke sejam atau lebih. Bertabahlah wahai kaki.. :D
- Dah naik atas tram, simpan tiket dengan baik sebab nak guna lagi masa balik nanti. Masa naik tram, duduk sebelah kanan untuk tengok pemandangan ilusi 90darjah. Masa balik, duduk di sebelah kiri. The Peak adalah puncak yang tinggi. Boleh ambil gambar banyak-banyak di puncak tu. Yang ambik gambar guna handphone, jangan lupa bawa monopod anda sekali agar boleh ber'selfie' dengan berlatar belakangkan pemandangan Hong Kong. Paling menarik, di atas puncak tu juga ada shopping mall. Saya tak boleh bayangkan bagaimana mereka membina shopping mall tersebut di puncak yang sebegitu! Hard Rock Café di tingkat G, Madam Tussauds di level bawah. Anda boleh nampak banyak souvenir dijual. Coffee House pun ada..
- Nak balik, ikut jalan datang untuk naik MTR. Singgah Temple Night Market (Turun di Stesen Jordan). Temple Night Market ialah pasar malam yang menjual macam-macam barang termasuk pendrive, hiasan, beg, dll. Buka sehingga jam 12tengah malam. Tapi AWAS! Jangan sesekali menerima syiling HKD10 sebab syiling itu sudah tidak laku untuk digunakan! Peniaga pasar malam suka menipu pelanggan dengan memberikan duit syiling itu.
- Okay, next! Untuk ke Hong Kong Disneyland, naik MTR ke Lai King Station, naik tren laluan Tung Chung Line dan turun di Sunny Bay. Di Sunny Bay, naik tren khas ke Disneyland Resort (tren ni cantik, bertemakan mickey mouse). Sampai di Disneyland, ambil guide map utk memudahkan perjalanan. Ada 2 restoran Halal dalam Hong Kong Disneyland =>Tahitan Terrace (Adventure Area) dan Explorer’s Club Restaurant (Mystic Point). Masa nak masuk ke Disneyland, staff Disneyland akan periksa beg kita semua. Pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dari luar kecuali makanan Khas untuk bayi/pesakit. Minuman sahaja dibenarkan bawa masuk. Di dalam Disneyland, ada tempat untuk ambil air (water cooler), berhampiran tandas. Jadi, tidak perlulah kita usung air mineral banyak-banyak sebab nanti boleh refill bila-bila masa secara percuma. Oleh kerana tiket mahal, jadi main lah puas-puas di dalam Disneyland tu. Untuk solat, boleh ke City Hall.
- Ada banyak kedai di dalam Disneyland, jual pelbagai jenis barangan Disney, tapi kalau barangan yang semua kedai kat dalam tu jual contohnya cekak rambut minie mouse, pen, mug, boleh beli di airport sahaja.. Dalam airport pun ada juga 2 buah kedai Disneyland. Kedai Disneyland dalam airport kadang-kadang ada buat sales barangan. Ada yang dijual dengan diskaun 70%. Jimat lagi! :D
- Untuk pergi ke Ladies Market, terletak di Thung Choi Street, naik MTR, turun di stesen Mongkok. Ladies Market buka kira-kira jam 12tengahari sehingga 12malam.Pelbagai barangan terutamanya beg tangan, cadar, hiasan, pakaian, dll dijual di sini. Berhampiran Ladies Market, terletak restoran halal (indian food) yang mahal teramat.. Rupa kedai simple dan tidak ekslusif. Sekeping roti parata dijual dengan harga lebih kurang RM10 dengan kuah dal yang cecah RM40 semangkuk kecil. Untuk cenderamata seperti keychain, fridgemagnet dsb, Temple Night Market lebih murah sedikit harganya.
- Untuk pergi ke Avenue Of Stars (elok pergi sebelum jam 8 malam kerana pada jam 8 malam, ada pertunjukan lampu di sini), naik MTR, turun ke Tsim Sha Tsui Station. Exit menghala ke Sogo => ikut anak panah ke Avenue of Stars, naik eskelator ke ground floor, exit L6 ke Cultural Centre dan jalan terus ke waterfront.
- Untuk beli mainan, ada toy street di Hong kong. Terletak di Tai yuen Street. Terdapat pelbagai mainan dijual disini. Set Monopoli lebih kurang RM25! Murah kan! Untuk penggemar kain, Ki Lung Street ada banyak kain ela jeans, cotton viscose murah-murah. Nak pergi ke dua tempat ni naik MTR turun kat Sham Shui Po Station. Pastikan anda lihat di papan tanda di stesen MTR tu, untuk pilih exit yang mana satu.
- Untuk shopping boleh pergi ke City Gate Outlet dan lain-lain shopping mall. Ada banyak shopping mall di kawasan popular Tsim Sha Tsui. Terdapat Snoopy’s World di New Town Plaza.
- Di Hong Kong, pukul 6 petang sudah gelap seperti pukul 8 di Malaysia. Waktu di Hong Kong sama sahaja dengan waktu di Malaysia. Waktu solat berbeza. Boleh rujuk di http://www.islamicfinder.org/cityPrayerNew.php?country=hong_kong
- Sebelum pergi ke Hong Kong, adalah lebih baik memeriksa ramalan cuaca disana supaya boleh merancang perjalanan dengan baik. Rujuk http://www.accuweather.com/en/hk/hong-kong/1123655/weather-forecast/1123655
- Bagi perempuan, jangan lupa bawa botol untuk kegunaan di tandas.
- Pakai kasut yang selesa! Ini sangat penting. Di Hong Kong banyak berjalan kaki. Nak cari exit dalam MTR pun jauh berkilometer. Kebanyakkan penduduk Hong Kong tidak kira tua atau muda, memakai kasut sukan.
- Orang-orang di Hong Kong sama sahaja macam orang di Malaysia, ada yang baik, friendly, ada juga yang ignorant, sombong bongkak. Jadi, bila berada di tempat orang, sentiasa berhati-hati. Jaga diri.
- Pastikan duit ditukar siap-siap dari Malaysia. Biar bawa duit lebih, jangan kurang sebab di sana duit kita umpama tiada nilai.. Terlalu jauh lebih rendah dgn tukaran di Malaysia.
- Makanan halal agak mahal di Hong Kong.
- Untuk check in bag di HKIA, pastikan tidak membeli/membawa pistol/senapang mainan. Jika tidak, ia akan dirampas. Barang larangan.
- Di Hong Kong, kebanyakkan peniaga tidak mengamalkan sistem tawar menawar semasa berniaga. Baik di pasar malam, kedai atau pun di kawasan perniagaan wholesales, harga yang dipaparkan adalah harga tetap!
- Ada trek laluan MTR di atas lautan yang luas. Wuuhuuu! Kagum sangat!
- Plug di sana sama je macam kat Malaysia, so tak perlu beli universal plug bagai hokehh! :)
The Peak |
Pemandangan dari The Peak |
Dalam train pun ada Wifi! |
Harap perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang merancang untuk ke Hong Kong.
Sekiranya anda menginginkan percutian yang lebih terancang dan teratur, anda juga boleh menggunakan khidmat travel agency yang menawarkan harga berpatutan serta perkhidmatan yang terbaik. Anda tidak perlu gusar tentang makanan halal, tempat solat, tempat yang selamat untuk pelancong dan lain-lain lagi di Hong Kong kerana semuanya akan diatur oleh ARBA Travel! Agen Perlancongan yang dipercayai, recommended! InsyaAllah... Anda tak akan kecewa dengan servis mereka.
Apa pun, semuanya bergantung kepada bajet anda ya! Oh ya, walaupun menggunakan perkhidmatan travel agency, dengan ARBA Travel, anda boleh memilih jenis pakej mengikut kemampuan anda. Best kan? Hehe... Try la lawati laman mereka... www.arbatravel.com Mana tahu ada pakej yang sesuai dengan jiwa dan poket anda... Ni FB Arba Travel & Tours... Sini pun banyak info bab-bab melancong ni! Huhuhuuu... Okay gaise, take care... Assalamualaikum... 💓
Sekiranya anda menginginkan percutian yang lebih terancang dan teratur, anda juga boleh menggunakan khidmat travel agency yang menawarkan harga berpatutan serta perkhidmatan yang terbaik. Anda tidak perlu gusar tentang makanan halal, tempat solat, tempat yang selamat untuk pelancong dan lain-lain lagi di Hong Kong kerana semuanya akan diatur oleh ARBA Travel! Agen Perlancongan yang dipercayai, recommended! InsyaAllah... Anda tak akan kecewa dengan servis mereka.
Apa pun, semuanya bergantung kepada bajet anda ya! Oh ya, walaupun menggunakan perkhidmatan travel agency, dengan ARBA Travel, anda boleh memilih jenis pakej mengikut kemampuan anda. Best kan? Hehe... Try la lawati laman mereka... www.arbatravel.com Mana tahu ada pakej yang sesuai dengan jiwa dan poket anda... Ni FB Arba Travel & Tours... Sini pun banyak info bab-bab melancong ni! Huhuhuuu... Okay gaise, take care... Assalamualaikum... 💓
Demikianlah Artikel Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!
Sekianlah artikel Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong! dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2015/12/perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum.html
0 Response to "Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!"
Post a Comment