Judul : Belajar Coding Mudah
link : Belajar Coding Mudah
Belajar Coding Mudah
Merekacipta game mengikut kehendak sendiri amatlah menyeronokkan terutama untuk anak-anak yang dah mula pandai menggunakan tab/ipad/laptop sendiri. Bayangkan kita boleh mengubah karektor, bunyi, 'interface' dll serta arahan permainan mengikut citarasa sendiri! Ada satu laman khas untuk belajar coding bermula dengan yang paling mudah untuk yang zero knowledge seperti saya sehinggalah ke aras yang lebih tinggi. Sejujurnya, saya bukanlah peminat 'game' tegar, tetapi niat saya membina game bertujuan untuk menambah pengetahuan. Sekiranya anda berminat untuk turut serta, boleh mendaftar dan mengikuti program yang di sediakan di https://code.org Anda boleh bermula dengan yang membina game yang mudah seperti 'flappy birds' misalnya. Setelah tamat suatu kursus, anda akan diberikan sijil. Saya sudah pun memiliki 2 sijil setakat ini. Anak saya yang berumur lapan tahun juga mampu memiliki satu sijil untuk dirinya (dengan sedikit bantuan dari saya). Membina game adalah suatu proses yang agak panjang, mungkin mengambil masa berjam-jam kerana anda perlu mengikuti tutorial satu per satu. Perlu kesabaran yang tinggi juga kerana ada masa anda gagal mengikuti tutorial yang diberi dan terpaksa mencuba berkali-kali. Segalanya bergantung kepada kecekapan seseorang, namun atas usaha dan keinginan yang tinggi, adalah tidak mustahil untuk terus belajar coding. Tak perlu menjadi orang yang hebat untuk belajar semua ini, yang penting ada kemahuan, 'go on' sahaja. Proses tutorial juga boleh disambung andaikata anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mengadap komputer. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan saya, Normie Azura, Mahani dan Jessica kerana memperkenalkan laman tersebut kepada saya. Nak cuba main game Flappy Bird versi saya?? Versi yang langgar tiang pun tak mati, sebaliknya, point sahaja akan di reset kembali ke '0'. Jom main sampai lebammm! :DKlik di sini untuk Flappy Bird Versi Raihan
Game yang dicipta juga boleh di simpan dalam ipad/tab dengan kaedah save to 'Home Screen'.
Dan inilah rupa sijil yang anda akan terima setelah anda tamat sesuatu kursus.
Anak-anak pasti berbangga dengan kebolehan mereka menghasilkan game versi mereka sendiri. Atau mungkin juga versi ibu dan ayah mereka. Cubalah!
P/S: Kejayaan menghasilkan sesuatu adalah kepuasan yang cukup bermakna.
Demikianlah Artikel Belajar Coding Mudah
Sekianlah artikel Belajar Coding Mudah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Belajar Coding Mudah dengan alamat link https://ilmuberubah.blogspot.com/2015/12/belajar-coding-mudah.html
0 Response to "Belajar Coding Mudah"
Post a Comment